Pusat Bantuan/Soalan Lazim

Soalan Lazim (FAQ)

Jawapan kepada soalan yang kerap ditanya tentang Baya. Klik pada mana-mana soalan untuk melihat jawapan.

Umum

Apa itu Baya?

Baya adalah platform AI yang membantu creator Malaysia membuat halaman jualan profesional, menerima bayaran, dan menjual produk digital. Dengan kuasa AI, anda boleh menjana halaman jualan yang cantik dalam beberapa minit tanpa perlu kemahiran teknikal.

Siapa yang boleh guna Baya?

Sesiapa yang mahu menjual produk digital boleh menggunakan Baya. Ini termasuk penjual ebook, template, kursus online, kelas live, atau apa-apa sahaja produk digital. Baya direka khas untuk creator dan usahawan digital di Malaysia.

Baya percuma ke?

Ya, Baya mempunyai plan percuma yang membolehkan anda bina page dengan AI dan mula jual selama 30 hari. Checkout dan forms berfungsi sepenuhnya dalam tempoh tersebut. Selepas 30 hari, page kekal live tetapi checkout dan forms dinyahaktifkan. Anda boleh export source code yang dijana oleh AI, atau upgrade ke paid plan untuk aktifkan semula.

Macam mana nak daftar?

Pergi ke app.baya.my/signup dan ikuti langkah pendaftaran. Masukkan nama, email, dan kata laluan untuk mencipta akaun. Selepas mendaftar, anda akan diminta untuk menetapkan nama workspace dan URL kedai anda.

Bayaran

Kaedah bayaran apa yang disokong?

Baya menyokong tiga kaedah bayaran utama melalui pemproses bayaran Chip-In:

  • FPX (Online Banking), bayar terus dari akaun bank Malaysia
  • DuitNow, bayar menggunakan DuitNow QR
  • Kad Kredit / Debit, Visa dan Mastercard
Berapa yuran platform?

Baya tidak mengenakan sebarang yuran platform (0%) untuk semua plan. Yuran payment gateway (~2%) dikenakan secara berasingan oleh penyedia pembayaran dan bergantung pada kaedah bayaran yang digunakan pembeli.

Berapa lama untuk terima wang?

Selepas setiap jualan, terdapat tempoh hold standard selama 14 hari. Selepas tempoh hold tamat, wang anda sedia untuk dikeluarkan. Jumlah minimum untuk pengeluaran adalah RM50.

Boleh refund ke?

Ya, seller boleh memproses refund untuk pesanan yang berjaya. Jika anda ingin memohon refund, hubungi seller secara terus. Seller mempunyai kuasa penuh untuk meluluskan atau menolak permohonan refund.

AI & Halaman Jualan

AI guna model apa?

Baya menggunakan Google Gemini (model Pro dan Flash) untuk menjana kandungan halaman jualan. AI ini mampu menghasilkan teks jualan yang menarik, headline yang berkesan, dan penerangan produk yang profesional. Semua dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.

Berapa kos untuk generate satu halaman?

Kos bergantung pada plan anda dan jenis halaman yang dijana. Setiap plan menyediakan kuota kredit AI bulanan, dan anda juga boleh membeli kredit tambahan jika diperlukan. Lihat halaman Langganan & AI Credits untuk maklumat lanjut.

Boleh edit halaman selepas generate?

Ya! Selepas AI menjana halaman, anda boleh mengeditnya menggunakan chat editor. Cukup tulis arahan seperti "tukar headline jadi lebih urgent" atau "translate ke Bahasa Malaysia" dan AI akan mengemaskini bahagian yang dimaksudkan tanpa mengubah bahagian lain.

Kursus

Macam mana nak akses kursus?

Selepas membeli kursus, log masuk ke akaun Baya anda dan pergi ke "My Courses" di portal buyer. Semua kursus yang anda beli akan tersenarai di situ. Klik pada mana-mana kursus untuk mula belajar.

Boleh dapat sijil?

Ya! Selepas anda menyelesaikan semua pelajaran dalam sesuatu kursus (100% progress), anda boleh claim sijil penyempurnaan. Sijil mengandungi nama anda, nama kursus, nama instructor, tarikh, dan nombor sijil unik. Sijil boleh dicetak atau dikongsi.

Kelas live macam mana?

Kelas live adalah sesi secara langsung yang dijadualkan oleh seller. Selepas membeli, pergi ke "My Classes" di portal buyer. Link meeting (Zoom atau Google Meet) akan dipaparkan 15 minit sebelum kelas bermula. Selepas kelas selesai, rakaman mungkin dimuat naik oleh seller untuk tontonan semula.

Akaun

Boleh jadi seller dan buyer sekaligus?

Ya, anda boleh menjadi kedua-duanya secara serentak. Satu akaun Baya membolehkan anda menjual produk sendiri (sebagai seller) dan pada masa yang sama membeli produk dari seller lain (sebagai buyer). Portal seller dan portal buyer diakses dari dashboard yang sama.

Macam mana nak reset password?

Jika anda terlupa kata laluan, ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke halaman login di app.baya.my/login
  2. Klik "Lupa Kata Laluan"
  3. Masukkan alamat emel yang didaftarkan
  4. Semak emel anda dan ikut arahan untuk menetapkan kata laluan baru
Macam mana nak hubungi support?

Jika anda memerlukan bantuan, anda boleh menghubungi pasukan sokongan Baya melalui sistem tiket:

  1. Log masuk ke akaun Baya anda
  2. Pergi ke Dashboard
  3. Klik "Support" di menu navigasi
  4. Klik "Buat Tiket Baru" dan terangkan masalah anda

Pasukan Baya akan membalas tiket anda secepat mungkin.