Upsell

Tawarkan produk tambahan pada harga diskaun selepas pembelian untuk tingkatkan purata nilai pesanan anda.

⚡ Ciri ini memerlukan plan Growth atau lebih tinggi. Lihat perbandingan plan

Apa Itu Upsell?

Upsell ialah tawaran produk tambahan pada harga diskaun yang dipaparkan selepas pembeli membuat pembelian. Tujuannya adalah untuk meningkatkan purata nilai pesanan — pembeli yang baru sahaja membeli lebih cenderung untuk membeli lagi jika ditawarkan produk berkaitan pada harga istimewa.

Urus semua upsell anda di Dashboard → Upsells.

Syarat

  • Tersedia untuk plan Growth ke atas.
  • Kedua-dua produk (sumber dan target) mesti sudah diterbitkan dan mempunyai halaman jualan.

Cara Buat Upsell Baru

  1. 1Pergi ke Dashboard → Upsells → Buat Upsell Baru
  2. 2Pilih Produk Sumber — produk yang baru dibeli oleh pelanggan
  3. 3Pilih Produk Target — produk yang ditawarkan sebagai upsell
  4. 4Tetapkan jenis diskaun: Peratusan (contoh: 30% off) atau Jumlah Tetap (contoh: RM20 off)
  5. 5Tetapkan nilai diskaun
  6. 6Pilih di mana upsell dipaparkan: Halaman Checkout, Halaman Kejayaan, atau Kedua-duanya
  7. 7(Opsional) Tulis headline dan description khas untuk tawaran upsell anda
  8. 8(Opsional) Aktifkan countdown timer (1–60 minit) untuk beri rasa urgency
  9. 9(Opsional) Tetapkan had penggunaan — berapa kali upsell boleh diterima
  10. 10Aktifkan upsell

Bagaimana Pembeli Nampak Upsell

Selepas bayar produk sumber, pembeli akan nampak tawaran khas pada halaman kejayaan (atau halaman checkout, bergantung pada tetapan anda). Berikut ialah aliran pengalaman pembeli:

  1. Tawaran menunjukkan harga asal, harga diskaun, dan countdown timer (jika aktif).
  2. Jika pembeli accept, mereka akan diarahkan ke payment gateway untuk bayar produk target pada harga diskaun.
  3. Jika pembeli tolak atau timer tamat, tawaran hilang.

Syarat Paparan Upsell

Upsell hanya dipaparkan apabila semua syarat berikut dipenuhi:

#Syarat
1Pesanan asal sudah berjaya (bukan pending)
2Pesanan bukan pesanan upsell (tiada upsell berlapis)
3Upsell yang aktif wujud untuk produk yang dibeli
4Pembeli belum memiliki produk target

Urus Upsell

Di halaman Dashboard → Upsells, anda boleh mengurus semua upsell yang telah dibuat:

Aktif

Upsell sedang aktif dan akan dipaparkan kepada pembeli yang layak.

Tidak Aktif

Upsell telah dinyahaktifkan dan tidak akan dipaparkan.

  • Aktif / Nyahaktif — Togol status upsell pada bila-bila masa.
  • Edit tetapan — Ubah diskaun, lokasi paparan, headline, timer, atau had penggunaan.
  • Padam — Buang upsell secara kekal.

Tips

Produk berkaitan: Upsell paling berkesan apabila produk target berkaitan dengan produk sumber. Contoh: pembeli beli ebook → upsell video tutorial pada harga 30% off. Diskaun 20–30% biasanya memberikan kadar penerimaan yang baik.

Ada soalan lain?

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Hantar Tiket Sokongan