Analitik & Laporan

Pantau prestasi jualan, kenal pasti di mana pelawat tercicir, dan eksport laporan pendapatan untuk rekod perniagaan anda.

1. Dashboard Utama

Halaman utama dashboard menunjukkan ringkasan prestasi 7 hari terkini supaya anda boleh memantau perniagaan pada satu pandangan.

Revenue

Jumlah pendapatan 7 hari

Views

Pelawat halaman jualan

Purchases

Bilangan pembelian

Conversion Rate

Kadar penukaran pelawat

Dashboard juga memaparkan carta aktiviti (bar chart) 7 hari, 5 pesanan terbaru, dan 3 halaman terbaik anda. Gunakan bahagian Quick Actions untuk terus ke Buat Produk, Lihat Analitik, atau Tetapan.

2. Analitik Jualan (Tab Sales)

Cara akses:

  1. 1Pergi ke Dashboard → Analytics
  2. 2Pastikan tab Sales dipilih (tab pertama)

Tab Sales memaparkan 4 statistik utama di bahagian atas:

StatistikPenerangan
Total ViewsJumlah paparan halaman jualan anda
PurchasesJumlah pembelian yang berjaya
RevenueJumlah pendapatan dalam RM
Conversion RatePeratusan pelawat yang membeli

Setiap statistik menunjukkan perubahan % berbanding tempoh sebelumnya, supaya anda boleh lihat sama ada prestasi meningkat atau menurun.

Carta Masa

Di bawah statistik, carta masa memaparkan views dan purchases sepanjang tempoh yang dipilih. Ini membantu anda mengenal pasti trend dan hari-hari terbaik untuk jualan.

Funnel Penukaran

Funnel menunjukkan aliran pelawat dari awal hingga pembelian:

1Page Views: Pelawat membuka halaman jualan
2CTA Clicks: Pelawat klik butang beli
3Checkout Starts: Pelawat mula isi maklumat checkout
4Purchases: Pembelian berjaya
Tips: Jika ramai pelawat klik CTA tetapi tidak memulakan checkout, halaman checkout anda mungkin perlu dipermudahkan. Jika ramai mula checkout tetapi tidak membeli, semak sama ada harga atau kos tambahan menjadi halangan.

Halaman Terbaik

Bahagian ini memaparkan ranking 5 halaman terbaik anda berdasarkan views, sales, dan conversion rate. Gunakan ini untuk mengenal pasti halaman jualan yang paling berkesan.

Pilih Tempoh

Anda boleh memilih tempoh analitik mengikut keperluan:

7 hari30 hari90 hari12 bulanSemua masa

3. Analitik Lead Gen (Tab Lead Gen)

Jika anda mempunyai halaman lead gen atau portfolio, tab Lead Gen menunjukkan prestasi halaman tersebut secara berasingan.

Total Views

Paparan halaman lead gen

Form Submissions

Borang yang dihantar

Bookings

Tempahan yang diterima

Carta masa juga disediakan untuk memantau trend lead gen performance sepanjang tempoh yang dipilih.

4. Advanced Analytics

Advanced Analytics memberikan analisis mendalam untuk setiap halaman secara individu. Ciri utama: korang boleh lihat impak setiap perubahan (edit) yang dibuat pada halaman terhadap prestasi.

Cara akses:

  1. 1Pergi ke Dashboard → Analytics → Advanced
  2. 2Pilih halaman yang ingin dianalisis dari dropdown
  3. 3Pilih tempoh: 7 hari, 30 hari, atau 90 hari

Daily Conversion Rates

Carta harian yang menunjukkan kadar penukaran untuk setiap peringkat funnel. Untuk halaman jualan: CTA Rate, Checkout Rate, dan Purchase Rate. Untuk halaman lead gen: Submission Rate dan Booking Rate.

Setiap edit yang dibuat pada halaman ditanda pada carta sebagai penanda (edit marker). Ini membolehkan korang nampak secara visual sama ada perubahan yang dibuat memberi kesan positif atau negatif pada prestasi.

Edit Impact Analysis

Bahagian ini mengumpulkan semua edit dalam tempoh yang berdekatan (dalam 2 hari) dan membandingkan prestasi sebelum dan selepas edit tersebut. Untuk setiap kumpulan edit, korang boleh lihat:

  • Jenis edit yang dibuat (AI Edit, Smart Edit, Manual Edit, dll)
  • Perubahan kadar penukaran (sebelum vs selepas) dalam unit peratusan
  • Penunjuk sama ada semua metrik improve, decline, atau campuran
Tips: Gunakan Advanced Analytics untuk menguji perubahan pada halaman jualan korang. Buat satu edit, tunggu beberapa hari untuk kumpul data, kemudian semak Edit Impact Analysis untuk lihat sama ada edit tersebut meningkatkan conversion rate.

5. Laporan Pendapatan (Revenue Report)

Cara akses:

  1. 1Pergi ke Dashboard → Analytics
  2. 2Klik tab Revenue

Tab Revenue memaparkan statistik kewangan terperinci:

StatistikPenerangan
Pendapatan KasarJumlah keseluruhan sebelum tolakan
Jumlah RefundWang yang dikembalikan kepada pembeli
Pendapatan BersihPendapatan selepas tolak refund
Purata Nilai PesananPurata jumlah setiap pesanan
Jumlah PesananBilangan pesanan dalam tempoh dipilih

Eksport CSV

Anda boleh memuat turun laporan dalam format CSV. Dua jenis eksport disediakan:

Ringkasan

Pecahan per produk — pendapatan kasar, refund, diskaun, dan pendapatan bersih. Sesuai untuk gambaran keseluruhan.

Terperinci

Setiap pesanan satu baris — tarikh, order ID, produk, nama buyer, email, jumlah, kupon, status, dan tarikh refund.

Tips: Gunakan eksport terperinci untuk rekod cukai atau analisis mendalam. Fail CSV boleh dibuka terus dalam Microsoft Excel atau Google Sheets.

Pilihan tempoh sama seperti tab Sales — 7 hari, 30 hari, 90 hari, 12 bulan, atau semua masa.

Ada soalan lain?

Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.

Hantar Tiket Sokongan