Pusat Bantuan/Seller/Halaman Jualan AI

Halaman Jualan AI

Baya menggunakan AI untuk menjana halaman jualan profesional dalam beberapa minit. Pilih antara mod Template atau Full AI mengikut keperluan anda.

1. Dua Mod Halaman Jualan

Baya menyediakan dua cara untuk menjana halaman jualan. Pilih mod yang paling sesuai dengan gaya anda:

Mod Template

AI menulis semua teks (headline, deskripsi, manfaat, CTA), kemudian anda pilih template reka bentuk. Sesuai jika anda mahu kawalan penuh ke atas rupa halaman.

AI tulis teks + Anda pilih reka bentuk

Mod Full AI

AI buat semuanya: teks, reka bentuk HTML, warna, susun atur. Anda hanya perlu tulis deskripsi produk dan pilih gaya. Sesuai jika anda mahu hasil pantas.

AI buat semua: teks + reka bentuk

2. Mod Template: 4 Langkah Wizard

Dalam mod Template, anda melalui empat langkah mudah untuk menghasilkan halaman jualan:

  1. 1
    Jana Kandungan

    AI menjana semua teks berdasarkan maklumat produk anda: headline, deskripsi, manfaat, testimoni, dan butang CTA.

  2. 2
    Upload Gambar

    Muat naik gambar produk, mockup, atau apa sahaja visual yang berkaitan untuk dipaparkan di halaman jualan.

  3. 3
    Pilih Template

    Pilih reka bentuk visual yang sesuai dengan jenama anda daripada 4 template yang tersedia.

  4. 4
    Siap!

    Halaman jualan anda sedia untuk diterbitkan. Preview terlebih dahulu, kemudian publish.

Template yang tersedia:

Modern Light

Bersih, cerah, profesional

Modern Dark

Gelap, moden, teknologi

Bold

Tebal, berani, menonjol

Warm

Mesra, hangat, selesa

Tips: Anda boleh tukar template pada bila-bila masa tanpa perlu menjana semula kandungan. Teks yang sama akan dipaparkan dalam reka bentuk yang berbeza.

3. Mod Full AI

Dalam mod Full AI, anda cuma perlu berikan maklumat asas dan AI akan menjana keseluruhan halaman, termasuk reka bentuk, susun atur, warna, dan teks.

Gaya reka bentuk yang boleh dipilih:

Minimal
Bold Modern
Glass
Elevated
Brutalist
Warm Friendly
Dark Luxury
Editorial

4. Tips untuk Prompt yang Lebih Baik

Kualiti halaman jualan AI bergantung pada maklumat yang anda berikan. Berikut adalah tips untuk mendapatkan hasil terbaik:

1.Deskripsi produk yang jelas: Terangkan apa produk anda, masalah yang diselesaikan, dan apa yang pembeli akan dapat.
2.Target audience: Siapa pembeli ideal anda? Contoh: "Pelajar universiti yang nak belajar design" atau "Usahawan kecil yang nak jimat masa".
3.Nota tambahan: Tambah arahan khas. Contoh: "Guna bahasa santai", "Tekankan harga murah", "Tambah urgency".

5. Edit Halaman dengan Chat

Selepas halaman dijana, anda boleh mengeditnya menggunakan arahan dalam bahasa biasa, sama seperti bercakap dengan pembantu AI. Tidak perlu tahu kod atau reka bentuk.

Contoh arahan yang boleh digunakan:

  • "Tukar headline jadi lebih urgent"
  • "Translate semua teks ke Bahasa Malaysia"
  • "Tambah bahagian testimoni"
  • "Tukar warna tema kepada biru"
  • "Ringkaskan bahagian manfaat"

Smart Editing

Baya menggunakan sistem pintar untuk menjimatkan kredit AI anda:

  • Perubahan kecil (tukar teks, ubah warna): menggunakan model pantas yang lebih murah
  • Perubahan besar (reka bentuk semula bahagian, tambah seksyen baru): menggunakan model pro untuk hasil terbaik

6. Preview dan Live

Sebelum menerbitkan halaman jualan, anda boleh melihat pratonton (preview) untuk memastikan semuanya kelihatan sempurna.

  • Preview: Hanya anda yang boleh lihat. Gunakan untuk semak dan pastikan halaman betul sebelum diterbitkan.
  • Live: Halaman boleh diakses oleh semua orang. Pembeli boleh melawat dan membuat pembelian.

8. Tukar Template (Mod Template Sahaja)

Jika anda menggunakan mod Template, anda boleh menukar template pada bila-bila masa tanpa perlu menjana semula kandungan. Teks dan maklumat yang sama akan dipaparkan dalam reka bentuk baru yang anda pilih.

Pergi ke Halaman Jualan → Tetapan → Tukar Template dan pilih template yang diinginkan. Perubahan berlaku serta-merta.