Mula di Baya
Panduan langkah demi langkah untuk daftar akaun, buat workspace, dan mula jual produk digital pertama anda.
1. Daftar Akaun Baya
Untuk mula menjual di Baya, anda perlu daftar akaun seller terlebih dahulu. Pendaftaran terbuka untuk semua — hanya perlu masukkan nama, email, dan kata laluan.
Langkah-langkah pendaftaran:
- 1Pergi ke app.baya.my/signup
- 2Isi nama penuh, alamat emel, dan kata laluan anda
- 3Klik "Daftar" — akaun anda terus aktif tanpa perlu pengesahan emel
2. Buat Workspace (Kedai Anda)
Selepas mendaftar, anda akan diminta untuk buat workspace. Workspace adalah "kedai digital" anda di Baya — tempat semua produk dan halaman jualan anda disimpan.
Langkah-langkah:
- 1Masukkan nama workspace — ini adalah nama kedai anda (contoh: "Studio Kreatif")
- 2Pilih URL slug yang unik — ini akan jadi alamat kedai anda (contoh:
studiokreatif.baya.my) - 3Klik "Buat Workspace" dan anda terus masuk ke dashboard
amir-design lebih baik daripada amir-muhammad-design-studio-2024. Slug tidak boleh ditukar selepas dibuat.3. Fahami Dashboard Anda
Selepas masuk ke dashboard, anda akan nampak gambaran keseluruhan prestasi kedai anda. Semua statistik dikira berdasarkan 7 hari terakhir.
| Metrik | Maksud |
|---|---|
| Revenue (Pendapatan) | Jumlah pendapatan dalam RM untuk 7 hari lepas |
| Views (Paparan) | Berapa kali halaman jualan anda dilawati |
| Purchases (Pembelian) | Jumlah pembelian yang berjaya |
| Leads | Jumlah leads yang dikumpul melalui borang lead gen |
| Conversion Rate | Peratusan pelawat yang menjadi pembeli |
4. Buat Page Pertama Anda
Sekarang workspace sudah siap, langkah seterusnya adalah mencipta page pertama anda. Pergi ke menu My Pages di sidebar dan klik "New Page".
Baya menyokong pelbagai jenis page:
- Sales Page — untuk jual produk digital (ebook, template, kursus, dll). Perlu buat produk terlebih dahulu.
- Lead Gen Page — untuk kumpul leads dengan borang, booking, dan WhatsApp. Boleh terus buat tanpa produk.
- Portfolio Page — untuk showcase kerja anda. Boleh terus buat tanpa produk.
AI akan bantu generate copywriting dan design layout secara automatik. Korang cuma perlu describe apa yang korang nak, dan AI siapkan semuanya.
Plan Percuma: 1 produk, 2 halaman diterbitkan. Checkout dan forms aktif selama 30 hari selepas publish. Selepas 30 hari, upgrade untuk terus aktifkan. Lihat perbandingan plan