Pelanggan
Lihat semua pelanggan anda, kenal pasti pembeli setia, dan gunakan data ini untuk mengembangkan perniagaan anda.
1. Akses Halaman Pelanggan
Cara akses:
- 1Pergi ke Dashboard → Customers
- 2Lihat ringkasan statistik dan senarai pelanggan di bawahnya
2. Statistik Pelanggan
Bahagian atas halaman memaparkan empat statistik utama:
Jumlah Pelanggan
Semua pembeli unik
Jumlah Pendapatan
Pendapatan keseluruhan
Purata Nilai Pesanan
Purata setiap pesanan
Pelanggan Berulang
Kadar repeat buyers
3. Senarai Pelanggan
Setiap pelanggan dalam senarai memaparkan maklumat berikut:
| Maklumat | Penerangan |
|---|---|
| Nama | Nama pelanggan. Jika mereka mempunyai akaun Baya, badge Berdaftar akan dipaparkan. |
| Alamat emel pelanggan | |
| Produk Dibeli | Senarai produk yang dibeli, dengan bilangan jika beli lebih dari sekali |
| Jumlah Pesanan | Bilangan pesanan keseluruhan |
| Jumlah Belanja | Jumlah wang yang telah dibelanjakan |
| Jumlah Refund | Jumlah wang yang telah direfund |
| Pembelian Pertama | Tarikh pembelian pertama |
| Pembelian Terakhir | Tarikh pembelian paling terkini |
4. Carian Pelanggan
Gunakan kotak carian di bahagian atas senarai untuk mencari pelanggan dengan pantas. Anda boleh cari mengikut:
- Nama pelanggan
- Email pelanggan
- Produk yang dibeli
5. Tips Penggunaan
Tips: Gunakan halaman pelanggan untuk kenal pasti pembeli setia (repeat buyers) — mereka adalah calon terbaik untuk program affiliate atau produk baru anda. Pelanggan yang sudah membeli lebih dari sekali mempunyai kepercayaan tinggi terhadap jenama anda.
Tips: Pelanggan dengan badge Berdaftar bermakna mereka telah membuat akaun Baya dan boleh mengakses kursus serta portal buyer. Mereka lebih cenderung untuk menjadi pelanggan berulang.
Ada soalan lain?
Hubungi pasukan sokongan kami jika anda memerlukan bantuan lanjut.
Hantar Tiket Sokongan